Kilang Kopi >>

Sokongan Teknikal >>

Liputan Media >>

Hubungi Kami >>

 
     
         
 
 
Kongs White Coffee menawarkan perkhidmatan yang unik dan profesional. Teknik membancuh kopi putih akan disediakan secara percuma kepada pelanggan yang membeli produk “Kongs White Coffee”. Teknik membancuh kopi yang unik ini adalah hasil daripada pengalaman yang dikumpul sekian lama ini.

Rangkaian teknik yang ringkas dan mudah dipelajari ini sama sekali berbeza daripada teknik membancuh kopi yang biasa. Kopi putih dengan keharuman yang istimewa pasti dapat dihasilkan tidak kira di mana jua dengan adanya “Kongs White Coffee” dan disusuli dengan teknik membancuh kopi Kongs yang tersendiri.

Teknik membancuh kopi Kongs mengutamakan langkah dan urutan masa yang tepat. Dengan menguasai teknik berkenaan untuk membancuh “Kongs White Coffee”, anda pasti dapat menikmati secawan kopi putih yang penuh keharuman luar biasa.

* Perkhidmatan ini hanya disediakan untuk pengusaha kedai makanan, restoran dan kafe, tidak termasuk pelanggan runcit.