Kilang Kopi >>

Sokongan Teknikal >>

Liputan Media >>

Hubungi Kami >>

 
     
         
 
 
Kongs White Coffee (M) Sdn Bhd merupakan pengeluar kopi secara besar-besaran dengan kilang milikan sendiri yang bertempat di Kawasan Perindustrian Pengkalan, Perak, Malaysia. Beberapa puluh pekerja mahir digaji untuk menjalankan kerja memanggang biji kopi dan menghasilkan serbuk kopi segar dan beraroma harum setiap hari.

Berikutan dari proses pembaharuan yang dilancarkan sepanjang beberapa dekad lalu, sistem pengeluaran kilang kami kini dilengkapi dengan jentera-jentera moden serta mencapai pengeluaran yang mantap dan teratur, pada masa yang sama juga memastikan setiap bungkus kopi putih yang dihasilkan adalah berkualiti tinggi sebagai tanda terima kasih kepada para pelanggan di atas sokongan mereka.

Sungguhpun proses pemanggangan biji kopi telah meninggalkan lapisan gelap pada dinding, namun kebersihan suasana kilang sentiasa diutamakan dan kerja pembersihan akan dilakukan oleh para pekerja setiap hari sebelum pulang bagi memastikan produk kami dihasilkan dalam suasana yang bersih dan selamat.